Kualiti Organik

Lebih 60 Tahun Pengalaman

Rangkaian Pemakanan Pediatrik HiPP dibangunkan oleh pakar, berasaskan pengetahuan saintifik terkini. Dengan menggunakan produk organik, kami melebihi keperluan undang-undang dalam pemilihan bahan mentah untuk pengeluaran rangkaian pemakanan pediatrik.

Greenpeace: Penarafan “Disyorkan”

Disahkan oleh Greenpeace: Dalam panduan pengguna “Susu untuk kanak-kanak – pengambilan tanpa kejuruteraan genetik”, daripada jenama rumusan susu terkenal yang paling meluas di pasaran, hanya rumusan susu organik HiPP menerima penarafan “disyorkan”.

Penanaman tumbuhan yang diubah suai secara genetik (termasuk untuk makanan ternakan) dilarang dengan jelas di bawah Peraturan Pertanian Organik EU.HiPP yakin bahawa pertanian organik adalah yang terbaik dan tidak serasi dengan kejuruteraan genetik.Tahun-tahun pengalaman kami dalam memproses bahan mentah organik menjamin kualiti organik premium, manakala lebih daripada 600 kawalan bagi setiap kelompok pengeluaran memastikan tahap keselamatan tertinggi untuk si manja anda.

Meterai Organik HiPP

Metrai Organik HiPP melambangkan kualiti organik istimewa yang dijamin secara peribadi oleh Stefan HiPP.Ia menjamin kualiti premium dan melebihi piawaian organik EU.Selain itu, dalam pemilihan bahan mentah kami, HiPP menetapkan piawaian yang lebih ketat daripada keperluan undang-undang bagi pengeluaran rumusan susu.