Manfaat Kesihatan Gula Semula Jadi

Gula Semula Jadi vs Gula Tambahan

Gula semula jadi terdapat dalam susu (laktosa) dan buah-buahan (fruktosa).

Sebarang produk yang mengandungi susu (seperti yogurt, susu atau krim) atau buah-buahan (segar atau kering) akan mengandungi sejumlah gula semula jadi.¹

Gula tambahan pula ialah gula yang ditambah ke dalam makanan atau minuman semasa pemprosesan atau penyediaan. 

Gula semula jadi yang terdapat dalam susu lembu ialah laktosa. Hal ini sama juga bagi rumusan susu yang berasaskan susu lembu.

Namun, terdapat rumusan susu berasaskan susu lembu yang menambah gula tambahan sebagai pemanis tenaga atau untuk menggantikan laktosa sepenuhnya.

Antara contoh gula tambahan yang digunakan dalam rumusan susu berasaskan susu lembu termasuklah sukrosa, maltodekstrin, fruktosa, pepejal sirap jagung, dan sirap glukosa.

Perbandingan antara Gula Semula Jadi dan Gula Tambahan yang Lazim dalam Rumusan Susu Berasaskan Susu Lembu:

Jenis Gula Indeks Glisemik(GI) Skor Tahap Kemanisan Keterangan
Laktosa 45 16 Gula semula jadi dalam susu lembu, terdiri daripada galaktosa dan glukosa
Fruktosa 23 110 Gula semula jadi dalam buah-buahan, tetapi dianggap gula tambahan jika terdapat dalam rumusan susu
Sukrosa 65 100 Bahan utama dalam gula pasir, terdiri daripada glukosa dan fruktosa
Sirap Jagung 100 30-40 Rantai glukosa pendek
Pepejal Sirap Jagung 100 23-40 Sirap jagung yang telah dinyahhidrat
Maltodekstrin 110 6-21 Rantai glukosa yang lebih panjang dan kompleks
Sirap Glukosa 100 30-40 Kanji terhidrolisis, biasanya diperoleh daripada jagung

Manfaat Kesihatan Laktosa

1. Menyediakan sumber tenaga yang sangat baik dan dilepaskan secara perlahan (GI = 46)²
2. Membantu dalam pencegahan obesiti kanak-kanak³ Tidak menyebabkan ketagihan kerana tidak memberikan kesan ganjaran neurologi apabila diambil, disebabkan oleh tahap kemanisan yang rendah⁴⁵
3. Paling kurang menyebabkan karies gigi berbanding gula boleh ditapai yang lain⁵
4. Menyumbang kepada pembentukan awal mikrobiota usus neonat⁶ yang menyokong fungsi imun⁷
5. Galaktosa daripada laktosa berperanan sebagai blok binaan struktur bagi galaktoserebrosida, sejenis lipid yang penting dalam pembentukan mielin di sekitar otak⁸
6. Meningkatkan penyerapan nutrien seperti kalsium, kuprum, mangan, magnesium, dan zink⁹¹⁰

Risiko Kesihatan Akibat Pengambilan Gula Tambahan yang Berlebihan dalam Kalangan Kanak-kanak Kecil

Tahap pengambilan gula tambahan yang tinggi dikaitkan dengan peningkatan risiko:

  1. Karies gigi¹¹
  2. Faktor risiko kardiometabolik¹²
  3. Asma¹³
  4. Tekanan darah tinggi¹⁴
  5. Pengambilan tenaga berlebihan dan kualiti diet yang rendah¹⁵
  6. Berat badan berlebihan¹⁶
  7. Obesiti kanak-kanak, yang dianggap sebagai faktor risiko utama kepada Diabetes Jenis 2¹⁷

 

Di HiPP, kanak-kanak adalah tumpuan utama perhatian kami dengan pemilihan bahan-bahan yang paling hampir dengan alam semula jadi.Diilhamkan oleh alam semula jadi, HiPP JUNIOR Organik menggunakan 100% laktosa susu organik dan bebas daripada gula tambahan.Berikan anak anda HiPP JUNIOR Rumusan Susu Organik , susu tumbuh terbaik di Malaysia*.Bantu menyokong kesihatan dan perkembangan anak anda dengan bahan-bahan yang diperoleh daripada sumber organik.

Rujukan*:Motherhood 2024 & 2025, The Asianparent 2025

 


Sumber

Sumber