Apakah Ekzema dalam Kalangan Kanak-kanak?

Ringkasan Utama

• Ekzema (dermatitis atopik) ialah masalah kulit yang biasa berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan tidak berjangkit. Ia boleh menyebabkan kulit menjadi kering, gatal, sensitif dan meradang akibat fungsi lapisan pelindung kulit yang terjejas.

• Ekzema sering bermula sejak bayi atau awal usia kanak-kanak. Dianggarkan sekitar 10–20% kanak-kanak di seluruh dunia mengalami ekzema, manakala beberapa laporan di Malaysia menunjukkan kadar melebihi 20%.

• Antara simptom yang biasa termasuk kulit kering, gatal, kemerahan, keradangan, bersisik, merekah dan ruam. Bahagian tubuh yang terjejas juga boleh berbeza mengikut usia.

• Pengurusan ekzema memberi tumpuan kepada penggunaan pelembap secara konsisten, memilih produk penjagaan kulit yang lembut dan bebas pewangi, serta mengelakkan pencetus seperti cuaca panas, peluh, sabun yang keras dan fabrik yang boleh merengsakan kulit. Rawatan perubatan mungkin diperlukan dalam keadaan tertentu.

• Ibu bapa disarankan mendapatkan nasihat perubatan sekiranya ekzema menjadi teruk, berpanjangan atau semakin teruk, mengganggu aktiviti harian atau tidur, ataupun menunjukkan tanda-tanda jangkitan. Dengan penjagaan yang sesuai, keadaan kulit ramai kanak-kanak akan bertambah baik apabila mereka semakin membesar.

Sejauh Mana Ekzema Biasa Berlaku dalam Kalangan Kanak-kanak?

Ekzema merupakan antara masalah kulit yang paling biasa berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan lazimnya bermula sejak bayi atau awal usia kanak-kanak.

Di seluruh dunia, ekzema dianggarkan menjejaskan kira-kira **10–20% kanak-kanak dan 2–10% orang dewasa.**³ Di Malaysia pula, Persatuan Dermatologi Malaysia melaporkan bahawa lebih daripada 20% kanak-kanak di Malaysia mengalami dermatitis atopik.⁴ Ini menunjukkan bahawa ekzema memberi kesan kepada ramai kanak-kanak dan keluarga, sama ada di Malaysia mahupun di seluruh dunia.

Tahap keterukan dan corak simptom boleh berbeza bagi setiap kanak-kanak. Ada yang hanya mengalami tompok kulit kering dan ringan sekali-sekala, manakala sesetengah kanak-kanak mungkin mengalami episod kemerahan, kerengsaan dan kegatalan yang berulang.

Simptom juga boleh berubah dari semasa ke semasa. Ada tempoh keadaan kulit bertambah baik, diikuti dengan episod apabila simptom kembali atau menjadi lebih teruk (flare-up).

Walaupun ekzema boleh menjadi keadaan yang berpanjangan, ramai kanak-kanak menunjukkan perubahan yang ketara apabila semakin membesar dan ada juga yang akhirnya tidak lagi mengalami simptom ekzema.

Sejauh Mana Ekzema Biasa Berlaku dalam Kalangan Kanak-kanak?

Ekzema merupakan antara masalah kulit yang paling biasa berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan lazimnya bermula sejak bayi atau awal usia kanak-kanak.

Di seluruh dunia, ekzema dianggarkan menjejaskan kira-kira **10–20% kanak-kanak dan 2–10% orang dewasa.**³ Di Malaysia pula, Persatuan Dermatologi Malaysia melaporkan bahawa lebih daripada 20% kanak-kanak di Malaysia mengalami dermatitis atopik.⁴ Ini menunjukkan bahawa ekzema memberi kesan kepada ramai kanak-kanak dan keluarga, sama ada di Malaysia mahupun di seluruh dunia.

Tahap keterukan dan corak simptom boleh berbeza bagi setiap kanak-kanak. Ada yang hanya mengalami tompok kulit kering dan ringan sekali-sekala, manakala sesetengah kanak-kanak mungkin mengalami episod kemerahan, kerengsaan dan kegatalan yang berulang.

Simptom juga boleh berubah dari semasa ke semasa. Ada tempoh keadaan kulit bertambah baik, diikuti dengan episod apabila simptom kembali atau menjadi lebih teruk (flare-up).

Walaupun ekzema boleh menjadi keadaan yang berpanjangan, ramai kanak-kanak menunjukkan perubahan yang ketara apabila semakin membesar dan ada juga yang akhirnya tidak lagi mengalami simptom ekzema.

Apakah Simptom Ekzema dalam Kalangan Kanak-kanak?

Simptom ekzema boleh berbeza bagi setiap kanak-kanak, daripada kulit yang sedikit kering sehinggalah kegatalan dan keradangan yang lebih serius.

Mengenali tanda-tanda biasa ekzema dapat membantu ibu bapa mengesan masalah kulit lebih awal dan mengambil langkah yang sesuai untuk menjaga kesihatan kulit si manja.

1. Kulit Kering dan Sensitif

Kanak-kanak dengan ekzema sering mempunyai kulit yang kering, kasar dan sensitif kerana lapisan pelindung kulit yang lemah menyebabkan kelembapan lebih mudah hilang.

2. Kegatalan

Kegatalan merupakan antara simptom ekzema yang paling biasa dan boleh menyebabkan ketidakselesaan yang ketara.

Menggaru kulit secara berterusan boleh merosakkan kulit dan menyebabkan kerengsaan menjadi semakin teruk.

3. Kemerahan dan Keradangan

Ketika ekzema menjadi lebih aktif atau berlaku flare-up, bahagian kulit yang terjejas mungkin menjadi kemerahan, merengsa, bengkak atau meradang.

4. Kulit Kasar, Bersisik atau Merekah

Bahagian kulit yang terjejas mungkin menjadi kasar, mengelupas, menebal atau merekah.

5. Ruam pada Kulit

Lokasi ruam ekzema boleh berbeza mengikut usia kanak-kanak.

Pada usia yang lebih kecil, ekzema sering berlaku pada pipi, dahi, kulit kepala serta bahagian luar lengan dan kaki. Bagi kanak-kanak yang lebih besar, ruam lebih kerap muncul pada bahagian lipatan kulit seperti siku dan lutut.

6. Kulit Berair atau Berkerak

Dalam episod ekzema yang lebih teruk, lepuhan kecil mungkin terbentuk pada kulit, mengeluarkan cecair atau membentuk kerak.

Cara Berasaskan Bukti untuk Membantu Menguruskan Ekzema

Walaupun ekzema atau dermatitis atopik tidak dapat disembuhkan sepenuhnya, ia boleh diuruskan dengan baik melalui pendekatan yang sesuai.

Pengurusan ekzema bertujuan untuk mengurangkan episod flare-up, melegakan simptom seperti kegatalan dan ketidakselesaan, menguatkan lapisan pelindung kulit, mengurangkan risiko jangkitan serta membantu meningkatkan kualiti hidup kanak-kanak.⁹

1. Amalkan Rutin Penjagaan Kulit Secara Konsisten

Rutin penjagaan kulit yang baik merupakan asas penting dalam pengurusan ekzema.

Mandi menggunakan pencuci yang lembut dan bebas pewangi serta menggunakan pelembap secara berkala boleh membantu mengekalkan kelembapan dan menyokong fungsi lapisan pelindung kulit.

Penggunaan pelembap amat penting selepas mandi kerana ia membantu mengekalkan kelembapan pada kulit dan mengurangkan kekeringan serta kerengsaan.

2. Kenal Pasti dan Elakkan Pencetus

Mengenal pasti serta mengelakkan pencetus tertentu boleh membantu mengurangkan kekerapan dan tahap keterukan flare-up ekzema.

Antara pencetus yang biasa termasuk:

• Sabun dan bahan pencuci yang keras

• Pewangi

• Fabrik tertentu seperti bulu (wool)

• Cuaca panas

• Peluh

• Suhu yang terlalu panas atau terlalu sejuk

• Habuk

• Alergen persekitaran

Pencetus ekzema tidak semestinya sama bagi setiap kanak-kanak. Oleh itu, ibu bapa boleh memerhatikan corak simptom bagi membantu mengenal pasti faktor yang mungkin menyebabkan ekzema si manja menjadi lebih teruk.

3. Gunakan Terapi Balutan Basah Jika Disarankan

Bagi kanak-kanak yang mengalami kulit sangat kering atau flare-up yang lebih teruk, pakar dermatologi mungkin mencadangkan terapi balutan basah (wet wrap therapy).

Kaedah ini biasanya melibatkan penggunaan pelembap atau ubat yang dipreskripsikan pada bahagian kulit yang terjejas, kemudian dilapisi dengan lapisan pakaian atau balutan yang lembap dan diikuti lapisan kering.

Terapi balutan basah membantu meningkatkan kelembapan kulit dan mungkin turut membantu meningkatkan keberkesanan rawatan sapuan.¹⁰

4. Sokong Kesihatan Kulit dan Sistem Imun Secara Keseluruhan

Amalan gaya hidup yang sihat boleh melengkapi pengurusan ekzema.

Pemakanan seimbang yang mengandungi buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh, serat dan lemak sihat dapat membantu menyokong kesihatan secara keseluruhan serta tindak balas keradangan yang seimbang.

Walaupun pemakanan sahaja tidak boleh merawat ekzema, pemakanan yang baik boleh menjadi sebahagian daripada pendekatan penjagaan yang menyeluruh.

Bilakah Ibu Bapa Perlu Mendapatkan Nasihat Perubatan?

Walaupun simptom ekzema bagi kebanyakan kanak-kanak boleh diuruskan melalui rutin penjagaan kulit yang konsisten dan mengelakkan pencetus, pemeriksaan perubatan mungkin diperlukan sekiranya simptom menjadi sukar dikawal atau mula menjejaskan kehidupan harian si manja.

Ibu bapa disarankan mendapatkan nasihat doktor atau pakar pediatrik sekiranya:

• Ekzema berlaku dengan kerap, menjadi teruk atau semakin bertambah buruk walaupun rutin penjagaan kulit yang sesuai telah diamalkan.

• Kegatalan mengganggu tidur, tumpuan atau aktiviti harian si manja.

• Kulit menjadi sakit, bengkak, terasa panas atau semakin kemerahan, yang mungkin menandakan jangkitan.

• Terdapat cecair, kerak, nanah atau tanda-tanda lain yang mungkin menunjukkan jangkitan kulit.

• Ekzema kelihatan semakin merebak atau mula melibatkan bahagian tubuh yang lain.

• Si manja mengalami ketidakselesaan yang ketara atau tekanan emosi akibat keadaan kulitnya.

• Ibu bapa tidak pasti produk penjagaan kulit atau rawatan yang sesuai untuk digunakan.

Mendapatkan nasihat perubatan lebih awal dapat membantu si manja menerima rawatan yang sesuai, mengurangkan risiko komplikasi serta meningkatkan keselesaan dan kualiti hidupnya.

Kesimpulan

Ekzema merupakan masalah kulit yang biasa berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan boleh menyebabkan kulit menjadi kering, gatal serta merengsa. Walaupun keadaan ini boleh menyebabkan ketidakselesaan, pemahaman yang lebih baik tentang ekzema dapat membantu ibu bapa memberikan penjagaan dan sokongan yang lebih sesuai kepada si manja.

Pengurusan ekzema bukan sekadar merawat kulit ketika berlakunya flare-up. Rutin penjagaan kulit yang konsisten, mengenal pasti dan mengelakkan pencetus, serta mengikuti pelan rawatan yang sesuai dapat membantu melindungi lapisan pelindung kulit dan mengurangkan simptom.

Setiap kanak-kanak mengalami ekzema secara berbeza dan mungkin mengambil masa untuk mengenal pasti pendekatan penjagaan yang paling sesuai. Dengan penjagaan yang betul dan sokongan daripada profesional kesihatan, kebanyakan kanak-kanak dengan ekzema dapat menikmati kulit yang lebih selesa dan kualiti hidup yang lebih baik.

Soalan Lazim Mengenai Ekzema dalam Kalangan Kanak-kanak

What causes eczema in children?

Eczema is a multifactorial condition, meaning it develops from a combination of genetic and environmental factors.

Children with a family history of eczema, allergies, asthma, or hay fever may be more likely to develop eczema. Their skin barrier may not work as effectively, causing the skin to lose moisture more easily and become more sensitive to irritants and allergens.

Environmental factors can also trigger or worsen eczema flare-ups. Common triggers include heat and sweating, dry weather, dust, environmental allergens, harsh soaps or detergents, fragrances, and irritating fabrics such as wool.

Every child is different, and not all children will react to the same triggers. Identifying and avoiding the factors that worsen your child's eczema can help reduce flare-ups and keep their skin more comfortable.

Do children outgrow eczema?

Yes, many children experience significant improvement in their eczema as they grow older, and some may eventually outgrow it. Eczema often starts during infancy or early childhood, and symptoms may become less frequent or less severe with age.

However, not every child will completely outgrow eczema. Some children may continue to experience occasional flare-ups into adolescence or adulthood. The pattern and severity can also change over time.

With consistent skincare, avoiding known triggers, and appropriate treatment when needed, eczema can usually be well managed, helping children stay comfortable and maintain a good quality of life.

How to treat children’s eczema?

Eczema can usually be managed with a combination of good skincare, trigger avoidance, healthy nutrition, and appropriate medical treatment. The main goal is to keep the skin moisturised, reduce flare-ups, and relieve itching.

·        Moisturise regularly: Use a gentle, fragrance-free moisturiser to keep the skin hydrated and protect the skin barrier.
·        Avoid triggers: Reduce exposure to heat, sweating, harsh soaps, fragrances, dust, and fabrics that irritate your child's skin.
·        Maintain a balanced diet: Provide a varied, nutritious diet with fruits, vegetables, whole grains, protein, and healthy fats. Avoid removing foods unnecessarily unless advised by a doctor or dietitian.
·        Seek medical advice when needed: Consult a doctor if eczema is severe, persistent, affects sleep, or does not improve with regular skincare. Pain, swelling, increasing redness, pus, oozing, or crusting may indicate an infection and require medical attention. Doctors may recommend topical treatments or other medications depending on the severity of the eczema

Can children get eczema on their hands?

Yes. Children can develop eczema on their hands. It can be triggered or worsened by frequent handwashing, strong soaps and sanitizers, detergents, sweating, prolonged cold or dry surroundings, and contact with irritating substances.

Keeping the hands moisturised with a gentle, non-triggering lotion and avoiding known irritants in soaps can help.