Adakah bayi benar-benar sudah perlu makan daging?

Daging mengandungi zat besi yang penting

Daging membekalkan nutrien penting untuk pertumbuhan yang sihat. Pakar pemakanan sepakat bahawa bayi yang berusia lebih daripada 6 bulan memerlukan daging. Ini kerana pada usia ini, simpanan zat besi yang dikumpul oleh bayi semasa di dalam kandungan telah habis digunakan, dan zat besi perlu diserap daripada makanan kerana badan tidak dapat menghasilkannya sendiri.

Tetapi apakah sebenarnya fungsi zat besi dalam daging?

Daging adalah sumber zat besi yang ideal, kerana zat besi dalam daging amat mudah diserap oleh badan.

Anda mungkin tertanya-tanya soalan seterusnya. Mengapakah zat besi begitu penting untuk pertumbuhan yang sihat? Bolehkah kita hidup tanpanya? Bagi bayi, sebarang kekurangan unsur surih ini akan memberi kesan kepada kesihatannya. Zat besi adalah komponen sel darah merah yang memastikan pengangkutan oksigen melalui tubuh badan ke sel-sel. Sel-sel memerlukan oksigen untuk menghasilkan tenaga bagi badan. Oksigen paling banyak diperlukan oleh otak. Oleh sebab itulah zat besi amat penting untuk perkembangan mental bayi.

Dengan HiPP, anda boleh yakin bahawa semua produk hanya menggunakan daging berkualiti organik yang dikawal ketat, iaitu daripada haiwan yang diternak dalam keadaan yang sesuai dengan spesies mereka.