Bagaimana bayi saya belajar makan menggunakan sudu?

Makan menggunakan sudu memerlukan latihan…

Gunakan sudu plastik – ia lebih suam dan lembut berbanding sudu logam. Sudu tersebut sepatutnya nipis dan leper supaya sesuai dengan mulut kecil bayi anda. Mulakan percubaan pertama pada hari bayi anda dalam keadaan tenang. Bayi anda tidak sepatutnya terlalu lapar, kerana ini boleh menyebabkan dia kurang berminat untuk mencuba sesuatu yang baharu.

Untuk percubaan pertama, bubur sayur-sayuran yang dilecek halus dan berperisa lembut, contohnya lobak merah, parsnip atau labu, adalah pilihan yang sesuai. Makan menggunakan sudu adalah pengalaman baharu untuk bayi anda dan bukanlah semudah yang disangka, jadi bersabarlah pada peringkat awal ini. Jika bayi anda langsung tidak mahu makan menggunakan sudu, cuba lagi pada hari berikutnya dan berikan bayi anda sedikit lagi masa!

Tip:

  • Jika anda juga ingin merasa bubur bayi tersebut, sila gunakan sudu anda sendiri.
  • Jangan gunakan sudu logam di dalam balang, supaya tidak merosakkan balang tersebut.