Mengapa Susu Tumbesaran Penting untuk Kanak-kanak Kecil?

Susu tumbesaran dicipta khas untuk memenuhi keperluan pemakanan kanak-kanak secara menyeluruh.

Susu dan produk tenusu merupakan komponen penting dalam diet harian anak kerana ia membantu memastikan mereka mendapat kalsium yang mencukupi bagi menyokong pertumbuhan tulang yang kuat serta gigi yang sihat.

Selain kalsium, susu tumbesaran juga mengandungi komponen penting lain untuk pertumbuhan dan perkembangan, yang sering kali tidak diperoleh dalam jumlah mencukupi oleh kanak-kanak kecil pada fasa penting pembelajaran dan pembesaran ini. Menurut Laporan Persatuan Pemakanan Jerman (German Nutrition Society) tahun 2008, kanak-kanak berusia antara 1 hingga 3 tahun didapati mengambil protein berlebihan, tetapi tidak mendapat cukup asid lemak politaktepu (Omega-3), zat besi, iodin, asid folik dan vitamin D. Susu tumbesaran dirumus khas untuk membekalkan nutrien-nutrien ini dalam jumlah yang seimbang dan mencukupi.

Adalah disarankan agar kanak-kanak mengambil susu dan produk tenusu setiap hari, sebaik-baiknya dalam tiga hidangan kecil sepanjang hari untuk menyokong tumbesaran dan kesihatan yang optimum.