Untuk Seluruh Keluarga

HiPP Babysanft sesuai digunakan oleh seluruh keluarga. Walaupun kulit kanak-kanak dan orang dewasa lebih kuat serta tahan berbanding kulit si kecil, ia masih memerlukan perlindungan dan penjagaan harian bagi mengekalkan kelembapan dan keseimbangan semula jadi kulit.

Dengan formulasi lembut dan selamat, HiPP Babysanft menawarkan penjagaan terbaik yang kami hasilkan — menjadikannya bukan sahaja pilihan ideal untuk si manja, tetapi juga pilihan utama untuk orang dewasa yang menghargai penjagaan kulit semula jadi dan berkualiti tinggi.

 

Beberapa Cadangan

HiPP Babysanft Washing Gel

  • Membersih dengan lembut
  • Sesuai untuk cucian tangan harian
  • Juga sesuai digunakan sebagai gel mandian lembut

HiPP Babysanft Milk Lotion

  • Menjadikan kulit si manja halus dan lembut
  • Pelembap yang kaya untuk muka dan badan
  • Losyen susu ini memberikan penjagaan intensif untuk kulit kering, kasar dan sensitif
  • Juga sesuai untuk tangan yang kerap terdedah dan merekah

HiPP Mamasanft Massage Oil

  • Sebagai tambahan mandian untuk kulit yang lembut
  • Sebagai minyak urut, sesuai juga untuk orang dewasa
  • Untuk menanggalkan solekan dengan lembut