Temu Bual Saintifik- Soalan Lazim di Klinik Pakar Dermatologi

Dijawab oleh Dr. Christina Schnopp

Klinik dan Poliklinik Dermatologi serta Alergologi, TU Munich

 

Seberapa kerap saya perlu memandikan si manja saya? Adakah air biasa sudah mencukupi atau saya perlu menggunakan produk mandian?

Tabiat mandi dan mencuci untuk si kecil berbeza-beza mengikut negara.

Baru-baru ini, kesan aktiviti mencuci terhadap si kecil berumur 7 hari hingga 4 minggu telah dikaji secara saintifik¹. Satu kumpulan sampel dimandikan dua kali seminggu menggunakan air kosong, manakala kumpulan satu lagi dibersihkan dengan kain basah dan air kosong. Hasil kajian menunjukkan hanya perbezaan kecil, walaupun nilai fungsi penghalang kulit di kawasan lampin adalah sedikit lebih baik dalam kalangan kanak-kanak yang dimandikan.

Oleh itu, mandian dua kali seminggu boleh disyorkan.

Ketika melakukannya, adalah penting untuk memastikan suhu air dan suhu bilik yang betul. Suhu air harus berada antara 36 hingga 38°C (suhu badan) dan bilik mandi pada suhu selesa 23 – 25°C.

Penggunaan produk mandian boleh membantu pembersihan lembut atau mengurangkan iritasi kulit. Perlu diingat bahawa penghalang kulit juga boleh terjejas oleh air kosong, sekurang-kurangnya buat sementara waktu. Losen cucian dan produk mandian yang ideal untuk kanak-kanak harus membersihkan kulit dengan lembut, bersifat neutral pH atau sedikit berasid bagi mengekalkan mantel asid, serta tidak merengsakan mata sekiranya terkena².

Dalam kajian selama 8 minggu, didapati penggunaan produk mandian yang sesuai tidak memberi kesan negatif terhadap fungsi kulit; malah beberapa nilai yang diukur adalah lebih baik berbanding kumpulan kanak-kanak yang hanya dibersihkan dengan air kosong³.

Oleh itu, penggunaan produk mandian yang sesuai boleh disyorkan.

 

1) Garcia Bartels N, Mleczko A, Schink T et al. Influence of bathing or washing on skin barrier function in newborns during the first four weeks of life. Skin Pharmacol Physiol 2009; 22: 248-57.

2) Blume-Peytavi U, Cork MJ, Faergemann J et al. Bathing and cleansing in newborns from day 1 to first year of life: recommendations from a European round table meeting. J Eur Acad Dermatol Venereol 2009; 23: 751-9.

3) Garcia Bartels N, Scheufele R, Prosch F et al. Effect of standardized skin care regimens on neonatal skin barrier function in different body areas. Pediatr Dermatol 2010; 27: 1-8.