Susu Organik

Dari manakah asal susu organik untuk rumusan susu organik HiPP?

HiPP hanya menggunakan susu daripada ladang yang mematuhi sepenuhnya garis panduan pertanian organik. Lembu dipelihara mengikut keperluan semula jadi spesiesnya dan meragut di padang rumput semula jadi tanpa penggunaan baja mineral atau bahan kimia serta sintetik.

Rumput semula jadi, jerami dan bijirin yang dimakan memastikan susu kami mempunyai kualiti organik yang tinggi serta kaya dengan nutrien. Inilah yang menjadikan susu organik untuk rumusan susu HiPP sebagai sumber pemakanan yang sangat bernilai

Susu organik HiPP tertakluk kepada pemeriksaan kualiti yang paling ketat oleh institusi pensijilan bebas.

Selain itu, HiPP menjalankan pemeriksaan terhadap semua produk berdasarkan pelbagai parameter fizikal dan kimia yang jauh lebih ketat berbanding keperluan undang-undang. Ini memastikan hanya susu organik berkualiti tinggi digunakan untuk menyokong pemakanan si kecil.