Buah-buahan yang Ditanam Secara Organik

Buah-buahan Organik HiPP:

Yang terbaik untuk si kecil

Buah-buahan HiPP melalui pemeriksaan kualiti yang paling ketat, bermula dari peringkat berbunga hingga penuaian, selaras dengan piawaian organik tertinggi. Kami hanya menggunakan varieti buah yang lembut dan rendah keasidan. Buah-buahan ini diberi masa untuk masak secara semula jadi agar dapat menghasilkan rasa yang penuh dan asli. Di mana sahaja yang boleh, kami menggunakan hasil tempatan serta varieti tradisional. Buah pir HiPP, seperti varieti pir champagne yang jarang ditemui dan merupakan varieti lama dengan rasa yang kaya, dituai dari kebun padang rumput. Kawalan perosak dijalankan secara semula jadi, contohnya dengan melindungi dan menggalakkan kehadiran musuh semula jadi seperti burung dan kumbang kura-kura. Ekstrak herba pula digunakan untuk mengawal jangkitan kulat. Kesemua kaedah ini selaras dengan prinsip kami: tiada bahan kimia, hanya alam semula jadi.

Organik dan Adil

Contoh: Penanaman Pisang di Costa Rica

Varieti pisang tradisional yang sangat lazat, Gros Michel, tumbuh dalam keadaan optimum di kawasan hutan tropika Costa Rica. Ia mempunyai rasa yang kaya, kandungan gula yang sesuai untuk makanan kanak-kanak, dan tidak pernah ditanam di ladang berskala besar. Penduduk asli menanam varieti pisang ini di kawasan tanah tinggi hutan tropika menggunakan kaedah tradisional, sekali gus memelihara kepelbagaian biologi unik hutan tersebut.