Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengesyorkan penyusuan susu ibu secara eksklusif untuk enam bulan pertama kehidupan.
Pengenalan penyusuan botol atau makanan dan minuman lain yang tidak perlu akan memberi kesan negatif terhadap penyusuan susu ibu. Selepas usia enam bulan, bayi harus menerima makanan yang sesuai dengan usianya sementara penyusuan susu ibu diteruskan sehingga usia dua tahun atau lebih.
Rujuk doktor anda sebelum memutuskan untuk menggunakan formula bayi atau jika anda mengalami kesukaran menyusu.