Susu Formula

HiPP JUNIOR Susu Tumbesaran Organik 

HiPP JUNIOR Susu Tumbesaran Organik  telah dibangunkan berdasarkan gabungan antara sains dan alam semula jadi. Diilhamkan oleh kebaikan alam semula jadi, HiPP JUNIOR Susu Tumbesaran Organik  diformulasikan khas dengan menggunakan hanya susu organik terbaik dan bahan organik yang dikawal dengan ketat untuk membantu menyokong pertumbuhan dan perkembangan optimum anak anda dari usia 1 tahun ke atas.

Semua bahan organik yang digunakan dalam HiPP JUNIOR  Susu Tumbesaran Organik diuji pada setiap peringkat pengeluaran untuk memastikan tahap ketulenan dan bebas daripada bahan kimia yang tidak diingini. 

Produk ini telah menerima penarafan “disarankan” dalam panduan membeli-belah Greenpeace bertajuk “Makanan Tanpa Kejuruteraan Genetik”.

Dihasilkan mengikut peraturan organik yang ketat.
BEBAS daripada sebarang penggunaan:
Dihasilkan dan diformulasikan untuk BEBAS daripada:

  • Racun perosak atau racun serangga sintetik
  • Hormon tiruan / hormon pertumbuhan
  • Penggunaan antibiotik secara profilaktik
  • Baja tiruan
  • Makanan GMO (Organisme Terubah Suai secara Genetik)
  • Bahan yang mengandungi gluten
  • Perisa tiruan*
  • Pewarna tiruan*
  • Protein Soya

* as required by law

Produk ditemui: 0