Loya dan Muntah Semasa Kehamilan – Cara Menangani Alahan Pagi

Loya dan muntah semasa kehamilan, yang juga dikenali sebagai morning sickness, merupakan keadaan yang lazim dialami sepanjang tempoh kehamilan. Sesetengah wanita hamil mungkin mengalaminya pada waktu siang atau malam, manakala bagi sesetengah yang lain, keadaan ini boleh berlarutan sepanjang keseluruhan kehamilan. Walaupun morning sickness biasanya tidak memudaratkan perkembangan janin, ia boleh memberi kesan yang ketara terhadap kualiti kehidupan wanita hamil. Memahami cara mengurus dan menyesuaikan diri dengan keadaan ini dapat membantu mengurangkan ketidakselesaan serta menyokong perjalanan kehamilan yang lebih selesa dan lancar.

 

Apakah itu alahan pagi (morning sickness)?

Alahan pagi merujuk kepada rasa loya yang dialami semasa kehamilan, terutamanya pada beberapa bulan pertama.

Apakah punca loya semasa kehamilan?

Loya semasa kehamilan boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor. Punca sebenar alahan pagi masih belum dapat dipastikan sepenuhnya, namun profesional penjagaan kesihatan berpendapat bahawa keadaan ini berpunca daripada gabungan perubahan fizikal dan kimia dalam tubuh. Antara faktor yang dikenal pasti termasuk:

  • Paras glukosa darah yang rendah
  • Perubahan hormon sepanjang kehamilan
  • Turun naik tekanan darah
  • Perubahan metabolisme
  • Tekanan dan kebimbangan
  • Keletihan
  • Kepekaan terhadap rasa atau bau makanan tertentu
  • Mabuk pergerakan
  • Cuaca panas atau persekitaran yang terlalu hangat

Rawatan Terbaik untuk Loya dan Muntah Semasa Kehamilan

Terdapat beberapa kaedah yang boleh membantu wanita hamil melegakan simptom alahan pagi. Berikut ialah beberapa tip untuk mengurangkan loya dan muntah semasa kehamilan:

  • Mengambil makanan yang tidak merengsakan perut, serta mengelakkan makanan pedas atau berminyak
  • Mengambil hidangan dalam kuantiti kecil dan kerap, serta tidak melangkau waktu makan
  • Memastikan pengambilan cecair yang mencukupi sepanjang hari
  • Mengelakkan pencetus lain seperti bau tertentu yang boleh menyebabkan loya
  • Mendapatkan rehat dan tidur yang mencukupi
  • Menyediakan minuman teh daripada halia segar yang diparut
  • Memastikan ruang kediaman mempunyai pengudaraan yang baik bagi mendapatkan udara segar

 

Sekiranya langkah-langkah ini tidak memberikan kelegaan, adalah disarankan untuk mendapatkan nasihat daripada profesional penjagaan kesihatan. Antara saranan umum yang mungkin diberikan oleh profesional penjagaan kesihatan termasuk:

- Produk tanpa preskripsi (OTC) seperti vitamin B6 atau doxylamine (termasuk ubat preskripsi yang menggabungkan kedua-duanya)*

- Ubat antiemetik yang diberikan melalui preskripsi*

*Perlu diingat bahawa tidak semua ubat antiemetik selamat digunakan semasa kehamilan. Bacalah label dengan teliti. Perkara yang sama juga terpakai untuk pengambilan suplemen. Jangan mengambil sebarang suplemen atau ubat tanpa preskripsi tanpa mendapatkan nasihat terlebih dahulu daripada doktor atau ahli farmasi. Sesetengah sumber turut mencadangkan terapi perubatan tradisional seperti akupresur dan akupunktur bagi melegakan alahan pagi. Walau bagaimanapun, setakat ini masih belum terdapat bukti yang mencukupi untuk menyokong keberkesanan terapi tersebut dalam merawat loya berkaitan kehamilan.

Bolehkah alahan pagi dicegah?

Tiada kaedah yang dapat menjamin pencegahan alahan pagi sepenuhnya. Namun begitu, beberapa langkah berikut boleh membantu mengurangkan rasa loya semasa kehamilan:

  • Memastikan pengambilan cecair yang mencukupi
  • Mendapatkan rehat dan tidur yang mencukupi
  • Mengudara dan mengalihkan bau yang boleh mencetuskan loya di rumah atau tempat kerja
  • Mengelakkan makanan pedas atau berlemak
  • Mengambil hidangan dalam kuantiti kecil tetapi kerap
  • Mengelakkan pendedahan kepada asap rokok

Mengamalkan gaya hidup yang sihat serta pemakanan yang seimbang merupakan antara aspek utama dalam membantu mengurangkan risiko alahan pagi semasa kehamilan.

Cara Mengurus Alahan Pagi di Tempat Kerja

Menghadapi alahan pagi ketika berada di tempat kerja bukanlah sesuatu yang mudah. Berikut ialah beberapa panduan yang boleh membantu menguruskan alahan pagi semasa bekerja:

  • Kekal terhidrat

Langkah ini amat penting kerana apabila kerap mengalami muntah, tubuh memerlukan penggantian cecair. Bawa bersama air sejuk ke tempat kerja kerana air sejuk boleh membantu mengurangkan rasa loya. Minuman seperti air limau dan teh halia juga boleh membantu melegakan loya, namun pengambilan gula perlu dikawal.

  • Sediakan snek di tempat kerja

Anda mungkin perlu mengambil beberapa hidangan kecil sepanjang hari kerana makan dalam kuantiti yang terlalu banyak juga boleh mencetuskan loya. Pastikan untuk tidak melangkau waktu makan supaya metabolisme tubuh terus berfungsi dengan baik sepanjang hari. Simpan snek yang lebih sihat seperti biskut kraker masin, gula-gula pudina dan seumpamanya di meja kerja. Elakkan kopi dan makanan pedas.

  • Ambil rehat untuk mendapatkan udara segar

Sekiranya ruang pejabat terasa sesak atau anda memerlukan rehat seketika, keluar sebentar untuk menghirup udara segar. Udara segar dapat membantu menenangkan diri serta mengurangkan rasa tidak selesa pada perut, terutamanya jika loya dicetuskan oleh bau tertentu di dalam pejabat.

  •  Sediakan tong sampah atau beg plastik berhampiran

 Istilah “alahan pagi” tidak bermaksud keadaan ini hanya berlaku pada waktu pagi, kerana loya dan/atau muntah boleh berlaku pada bila-bila masa sepanjang hari. Ada kalanya loya datang secara tiba-tiba dan tidak sempat ke tandas. Oleh itu, adalah lebih baik untuk menyediakan tong sampah atau beg plastik berhampiran sebagai langkah berjaga-jaga.

  • Dapatkan nasihat profesional penjagaan kesihatan

Akhir sekali, sekiranya anda berasa sangat bimbang dengan simptom yang dialami atau sekiranya alahan pagi berlarutan sehingga memasuki trimester kedua kehamilan, dapatkan nasihat daripada doktor. Terdapat ubat-ubatan tertentu yang boleh membantu mengurangkan masalah ini.

Kekerapan dan Tempoh

1. Pada minggu kehamilan manakah loya bermula?

Secara umum, alahan pagi biasanya bermula sekitar minggu kelima hingga keenam kehamilan, memuncak sekitar minggu kesembilan sebelum beransur reda menjelang bulan ketiga atau keempat. Walau bagaimanapun, pengalaman ini boleh berbeza bagi setiap individu.

2. Berapa lamakah alahan pagi berlarutan?

Berdasarkan kajian, kebanyakan kes alahan pagi akan reda antara minggu ke-14 hingga ke-16 kehamilan (selepas trimester pertama). Kira-kira 15% hingga 20% wanita mengalami alahan pagi yang berlarutan sehingga trimester kedua, manakala sekitar 5% mengalaminya sehingga ke waktu kelahiran (Smith et al., 2023). Kajian lain oleh Lacroix et al. mendapati bahawa 90% wanita mengalami kelegaan sepenuhnya daripada alahan pagi menjelang minggu ke-22 kehamilan.

3. Adakah alahan pagi berbahaya?

Alahan pagi merupakan keadaan yang lazim berlaku, dialami oleh kira-kira 70–80% wanita hamil. Secara amnya, ia bersifat ringan dan cenderung untuk pulih dengan sendirinya selepas trimester pertama. Wanita yang mengalami loya dan muntah ringan pada peringkat awal kehamilan tidak perlu terlalu bimbang kerana keadaan ini jarang menyebabkan kesan buruk kepada diri mereka atau perkembangan janin. Kebanyakan wanita hamil tidak memerlukan rawatan perubatan dan boleh menguruskan keadaan ini di rumah.

Soalan Lazim Mengenai Alahan Pagi:

Bilakah alahan pagi bermula?

Secara umum, alahan pagi biasanya bermula sekitar minggu kelima hingga keenam kehamilan, memuncak sekitar minggu kesembilan sebelum beransur reda menjelang bulan ketiga atau keempat. Walau bagaimanapun, pengalaman ini boleh berbeza bagi setiap individu.

Apakah punca loya semasa kehamilan?

Loya semasa kehamilan boleh berlaku atas pelbagai sebab. Punca sebenar alahan pagi masih belum dapat dipastikan sepenuhnya, namun profesional penjagaan kesihatan berpendapat bahawa keadaan ini berpunca daripada gabungan perubahan fizikal dan kimia dalam tubuh. Antara punca yang dikenal pasti termasuk:

- Paras glukosa darah yang rendah

- Perubahan hormon sepanjang kehamilan

- Turun naik tekanan darah

- Perubahan metabolisme

- Tekanan dan kebimbangan

- Keletihan

- Kepekaan terhadap rasa atau bau makanan tertentu

- Mabuk pergerakan

- Cuaca panas atau persekitaran yang terlalu hangat

Bagaimanakah cara mencegah loya semasa kehamilan?

Tiada kaedah yang dapat menjamin pencegahan loya semasa kehamilan sepenuhnya. Namun demikian, langkah-langkah berikut boleh membantu mengurangkan rasa loya:

- Memastikan pengambilan cecair yang mencukupi

-Mendapatkan rehat dan tidur yang mencukupi

-Mengudara dan mengalihkan bau di rumah serta tempat kerja yang boleh mencetuskan loya

-Mengelakkan makanan pedas atau berlemak

-Mengambil hidangan dalam kuantiti kecil dan kerap

-Mengelakkan pendedahan kepada asap rokok

Mengamalkan gaya hidup yang sihat serta pemakanan yang seimbang merupakan antara aspek utama dalam membantu mengurangkan risiko alahan pagi sepanjang kehamilan.

Apakah yang perlu dilakukan apabila mengalami muntah semasa kehamilan?

Terdapat beberapa langkah yang boleh membantu mengurangkan loya dan muntah semasa kehamilan. Antara panduan yang boleh diamalkan termasuk:

  • Mengambil makanan yang tidak merengsakan perut serta mengelakkan makanan pedas atau berminyak
  • Mengambil hidangan kecil secara kerap sepanjang hari dan tidak melangkau waktu makan
  • Memastikan pengambilan cecair yang mencukupi sepanjang hari
  • Mengelakkan pencetus lain seperti bau tertentu yang boleh menyebabkan loya
  • Mendapatkan rehat dan tidur yang mencukupi
  • Menyediakan minuman teh daripada halia segar yang diparut
  • Memastikan ruang kediaman mempunyai pengudaraan yang baik bagi mendapatkan udara segar

Sekiranya langkah-langkah ini tidak membantu, adalah disarankan untuk mendapatkan nasihat profesional daripada penjagaan kesihatan. Antara saranan umum yang mungkin diberikan oleh profesional penjagaan kesihatan termasuk:

  • Produk tanpa preskripsi (OTC) seperti vitamin B6 atau doxylamine (termasuk ubat preskripsi yang menggabungkan kedua-duanya)*
  • Ubat antiemetik yang diberikan melalui preskripsi*

*Perlu diingat bahawa tidak semua ubat antiemetik selamat digunakan semasa kehamilan. Bacalah label dengan teliti. Perkara yang sama juga terpakai bagi suplemen. Jangan mengambil sebarang suplemen atau ubat tanpa preskripsi tanpa mendapatkan nasihat terlebih dahulu daripada doktor atau ahli farmasi. Sesetengah sumber turut mencadangkan terapi perubatan tradisional seperti akupresur dan akupunktur untuk melegakan alahan pagi. Walau bagaimanapun, setakat ini masih belum terdapat bukti yang mencukupi untuk menyokong keberkesanan terapi tersebut dalam merawat loya yang berkaitan dengan kehamilan.

Anda mungkin juga berminat:

Seal Organik HiPP

Nutrisi Tulen, Kualiti Premium untuk Si Manja!